Sabtu, 30 April 2011

Rasulullah SAW dengan sebiji limau. "Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.
epalkasturi.blogspot.com
Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap setan

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..

2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang

5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !” SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.

Selasa, 26 April 2011

perkahwinan melayu sarawak

Perkahwinan

Perkahwinan dalam masyarakat Melayu Sarawak mempunyai banyak persamaan dengan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Semenanjung. Ia merangkumi adat merasi, merisik dan majlis perkahwinan.
Sebelum Perkahwinan

1) Merasi
Apabila seseorang pemuda berkeinginan untuk berkahwin, dia akan meminta ibu bapa untuk mencari pasangan untuknya. Ibu bapa pula akan menyerahkan tugas kepada pencari jodoh untuk mendapatkan calon yang sesuai sebagai menantu mereka. Pencari jodoh akan menjadi perantara bagi keluarga lelaki dan akan memberikan pendapatnya tentang seseorang gadis itu sama ada sesuai atau tidak.

2) Ngangin
Selepas merasi, wakil pihak lelaki akan membuat pertanyaan secara formal kepada keluarga pihak perempuan (kerisik kerimun) sama ada perempuan itu sudah berpunya ataupun tidak. Pihak perempuan akan meminta tempoh untuk membuat persetujuan.

3) Bertekul (Merisik)
Bertekul membawa makna yang sama dengan merisik dalam masyarakat Melayu sebelum majlis bertunang diadakan. Ia bergantung kepada kesediaan bakal pengantin untuk ditunangkan. Semasa adat bertekul ini, hantaran wang atau barang kemas seperti cincin emas atau berlian akan diberi kepada si gadis yang menandakan acara pertunangan akan diadakan (mereya) .

4) Mereya ( Bertunang )
Semasa upacara pertunangan dilangsungkan, hantaran akan diberi oleh pihak lelaki melalui satu rombongan yang terdiri daripada sekumpulan ahli keluarga pihak lelaki. Antara hantaran yang diberi adalah duit, cincin tunang, persalinan, kasut, beg tangan dan lain-lain. Pihak perempuan akan membalas pemberian pihak lelaki. Pada kebiasaannya, hantaran pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sekiranya terdapat saudara perempuan yang lebih tua (kakak) yang belum berkahwin (langkah batang), pihak lelaki mesti memberikan sebentuk cincin emas kepadanya.



Semasa Perkahwinan

Nikah

(A) Persediaan

Persediaan bagi majlis perkahwinan biasanya mengambil masa yang lama. Ia termasuk persediaan menempah kad jemputan, mencari mak andam dan sebagainya. Bagi majlis perkahwinan, mak andam adalah antara orang yang penting dalam menghias pengantin dan persediaan pelamin.
Dalam masyarakat Melayu Sarawak, upacara yang melibatkan agama adalah acara akad nikah, sementara yang bukan bersifat agama adalah acara bersanding, tepung tawar, berlulut dan makan nasi temuan.
Bergendang adalah acara keraian secara beramai-ramai yang mengambil masa selama tujuh hari tujuh malam. Majlis akad nikah biasanya diadakan sehari sebelum bersanding. Apabila akad nikah telah disempurnakan, pihak perempuan secara sah telah menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

(B) Jenis-jenis nikah

1) Nikah benar

Perkahwinan yang mengikut lunas-lunas Islam atau mengikut adat seperti merisik dan bertunang dan ianya direstui oleh kedua-dua belah pihak.

2) Nikah salah

Berlaku apabila pasangan didapati berkelakuan sumbang dan mereka akan dipaksa untuk berkahwin. Upacara perkahwinan akan dijalankan dengan ringkas dan sederhana.

3) Nyerah diri

Berlaku apabila lelaki menyerah diri kepada keluarga perempuan kerana tidak mempunyai wang untuk menanggung perbelanjaan perkahwinan. Ianya melibatkan perempuan dari golongan berada dan lelaki yang tidak berkemampuan. Mereka akan dinikahkan secara sederhana dan perbuatan ini akan memalukan keluarga perempuan.

4) Ngekot

Berlaku apabila perempuan menyerah diri kepada keluarga lelaki dan mereka akan dikahwinkan. Ini bukan kerana masalah yang melibatkan wang tetapi kerana keluarga perempuan tidak merestui atau menerima pilihan anaknya.



Majlis Perkahwinan/Persandingan

Pada waktu malam hari, iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis persandingan, upacara menepung tawar (berlulut) pengantin diadakan. Upacara berlulut ini juga adakalanya akan diikuti dengan upacara berpacar (berinai). Acara ini dimeriahkan lagi dengan acara pencak silat, gendang Melayu dan andai-andai atau tandak. Pengantin juga akan dimandikan oleh mak andam dalam acara mandi perantan yang diakhiri dengan berwudhu’.
Sebelum majlis persandingan diadakan, pengantin perempuan akan didandan dan dihias oleh mak andam yang dipilih untuk kelihatan cantik dan berseri. Pengantin dilarang melihat cermin semasa sedang diandam kerana dikhuatiri akan hilang seri pengantin. Antara pakaian persandingan pengantin perempuan yang biasanya dipakai adalah kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Holen iaitu pakaian tradisional Melayu Sarawak. Pengantin lelaki pula biasanya akan mengenakan persalinan seperti seorang pahlawan atau pakaian haji (jubah putih atau hitam dan serban).
Sebelum rombongan lelaki berarak ke rumah pengantin perempuan, pihak pengantin perempuan akan menghantar tikar mengkuang (tikar ngambik pengantin) yang dibalut dengan tudung keringkam yang disulam dengan benang emas ke rumah pengantin lelaki. Penghantaran tikar mengkuang ini menandakan bahawa pihak perempuan sudah bersedia menerima kedatangan rombongan dari pihak lelaki.
Pengantin lelaki akan diarak dengan menggunakan kereta atau jong yang akan dimulai dengan membaca selawat sebanyak tiga kali dan diikuti dengan paluan hadrah . Setibanya di rumah pengantin perempuan, mereka akan disambut dengan acara pencak silat (silat kapak) sebagai pembuka pintu.
Pengantin lelaki akan dibawa masuk ke rumah dan didudukkan di samping pengantin perempuan yang sedia menanti di atas pelamin yang telah dihias indah. Semasa majlis persandingan, upacara berjembak dijalankan di mana pengantin lelaki akan menyentuh dahi pengantin perempuan dengan ibu jarinya dan jejambak (tuala kecil yang wangi dan dilipat berbentuk bunga) . Ianya bersamaan dengan adat membatalkan air sembahyang. Doa selamat dan selawat dibacakan untuk kedua-dua mempelai . Tepung tawar dilakukan dengan diiringi oleh paluan hadrah. Pengantin kemudiannya melakukan upacara turun naik tangga sebanyak tujuh kali.
Pada sebelah petang atau malam, makan nasi temuan diadakan. Ini bagi membiasakan pengantin dengan kehidupan berkeluarga dan sekaligus untuk menghilangkan rasa malu. Majlis makan nasi temuan ini dilakukan bersama ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai.


Selepas Perkahwinan

Pada kebiasaannya, selepas tujuh hari majlis perkahwinan berlangsung, adat menziarah ke rumah mentua oleh pengantin perempuan dilakukan. Adat ini juga dikenali sebagai mengundang menantu. Dalam majlis ini, ibu mentua akan menghadiahkan lapit kaki atau hadiah perkahwinan seperti rantai emas atau berlian bagi menunjukkan penerimaan dan kegembiraannya kerana mendapat menantu perempuan yang baru

Ahad, 24 April 2011

tugasan retorik pengucapan abdul hj awg

RETORIK BAHASA MELAYU

JBEA 2311

TAJUK:

RETORIK UCAPAN HADI AWANG: SATU ANALISIS RETORIK PEMUJUKAN(TEKNIK PENGUKUHAN)

OLEH:

ERIAWANI BINTI MASTARI

JEA 080014

PENSYARAH:

DR. IBRAHIM BIN AHMAD

Abstrak

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik mengkaji dan menganalisis teks ucapan yang digunakan oleh Haji Hadi Awang dalam ceramah-ceramah politik yang disampaikan dalam pilihan raya. Kajin ini adalah bertujuan untuk mengupas keberkesanan bahasa dan kepelbagaiana teknik pemujukan yang digunakan oleh beliau untuk menarik minat khalayak.

Dalam kajian ini, penyelidik membincangkan konsep retorik, sejarah perkembangn retorik, retorik pujukan, dan yang paling utama jenis-jenis dan fungsi retorik ini dalam bidang politik.

Selain membincangkan penggunaan retorik, pengkaji juga membincangkan aspek bahasa, iaitu ragam bahasa yang digunakan oleh Haji Hadi Awang dalam penyampaian ceramah-ceramah beliau.

Di akhir penyelidikan ini, pengkaji merumuskan segala dapatn kajian yang diperolehi bermula dari awal hingga akhir kajian ini. Hasil dari dapatan ini, didapati Haji Hadi awing telah mengadun pelbagai teknik pemujukan dan aspek kabahasaan dalam ucapan politik beliau. Kaedah yang digunakan beliau didapati amat sesuai digunakan untuk “pancing undi” kerana mempunya daya tarikan yang baik dan berkesan.

Pendahuluan

Kemahiran berpidato merupakan suatu kemahiran yang memang lahir secara semula jadi dalam diri seseorang. Berpidato atau berucap merupakan slah satu cara untuk berkomunikasi. Walaupun berpidato adalah anugerah semula jadi, namun semua orang boleh belaja teknik berpidato yang berkesan untuk menarik minat khalayang yang mendengar.

Keberkesanan sesebuah pidato adalah bergantung kepada cara penyampai sesebuah pidato. Cara penyampaian ini dinamakan sebagai retorik. Oleh hal yang demikaian, untuk menyampaikan sesebuaha ucaoan, sseorabng harus memilih retorik yang sesuai supaya khakayak yang mendengar tidak berasa bosan dan jemu mendengar, sebaliknya berasa terhibur.

Menurut Abdullah & Ainon (2003: 7), “Komunikasi yang Berjaya adalah komunikasi yang berkualiti”. Melalui pendapat tokoh diatas, dapat kita simpulkan, bahawa komunikasi hanya akan Berjaya jika isi penyampaian yang disampaikan oelh seseorang pemidato sampai kepada khalayak dan mendatangkan kesan yang hendak memberangsangkan(berkualiti)

Dalam kajian ini, pengkajii akan membincangkan keberkesanan aspek bahasa dan kepelbagaian retorik pemujiukan yang digunakan Haji Hadi Awang dalam penyampaian ceramah politiknya.

Kajian terdahulu

Kajian tentang retorik telah lama bermula, iaitu bermula dengan kajian yang dilakukan oleh Aristotle. Bermula dari beliau, kajian dalm bidang retorik pujukan semakin berkembang hingga ke hari ini. Beliau merupakan orang pertama yang menegakkan retorik sebagai bidang ilmu yang boleh berdiri sendiri. Melalui buku beliau yang bertajuk “Rhetorik” yang telah ditulis sekitar 300 SM, telah menjadi perintis kepada kajian ilmu retorik yang lebih luas dan sistemetik. Hal ini kerana, sebelum terhasilnya buku tersebut, retorik hanya dikaitkan dengan seni berpidato semata-mata.

Melaui bukunya, Aristotle memperlihatkan kepada pengkaji terkemudian bahawa ilmu retorik bukan hanya pada ilmu berpidato tetapi mencangkupi ilmu dalam bidang penulisan. Hal ini kerana, tanpa penggunaan retorik yng sesuai, sesebuah penulisan tidak akan menarik dan mesej yang hemdak disampaikan tidak akan berkesan.

Dalam buku beliau, ulasanya berkenaan yang padat tentang tiga jenis retorik, iaiti retorik deliberative, retorik forensic, dan retorik epidiektif serta lima fakuiti retorik menjadi rujukan yang paling berguna kepada pengkaji terkemudian.

Kajian dalam bidang retorik ini semakin berkembang dengan pesatnya ketika era I.A Richard (1950). Beliau menumpukan kajian retorik melalui aspek penggunaan bahasa, iaitu bagaimana perkataan berfungsi dalam pembentukkan sesebuah wacana serta meneliti hubungan antara benda yang dimaksudkan dengan perkataan yang dipertuturkan. Beliau telah meneliti hubungan perkataan dengan perkataan dan hubungan perkataan denagn konteks penggunaannyan. Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa makna sesuatu perkataan amat bergantung kepada konteks penggunaannya.

Di Malaysia, kajian bahasa retorik mendapat perhatian bebera[pa orang pengkaji antaranya seperti Asmah Haji Omar melalui buku beliau yang bertajuk “Bahasa Iklan Perniagaan: Satu Kajian Bahasa Retorik (1992). Melauli bukunya, beliau menjelaskan tentang matlamat, kaedah-kaedah ba=hasa yang digunakan, bentuk iklan, konsep bahasa dalam iklan, dan aspek penterjemahan dalam iklan.

Walaupun kajian retorik sudah ada dilakukan di Malaysia, namun pemanfaafan ilmu retorik dalam bidang politik masih kurang mendapat tempat. Kajian ini hanya dilakukan oleh segelintir kecil pelajar yang menghasilkan tesis sarjana muda, Antaranya termasuklah Kamila Ghazali (1999), Lee Ai Chat (2001), Abdullah Hassan dan Ainon (20030, dan Zoriati binti Osman (2005).

Umumnya, jika dilihat daripada kajian terdahulu, hanya satu kajian yang memperincikan aspek retorik oleh ahli politik iaitu tesis yang dihasilkan oleh Zoriati binti Osman yang berkisar berkaitan dewngan retorik yang digunakan oelh Haji Hadi awing. Dalam pada itu, pengkaji menjadikan tesis Zoriati sebagai bahan rujukan utama kajian ini.

TUJUAN KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji ingin meneliti beberapa aspek penting dalam retorik pemujukan dalam ucapan Tuan Guru Haji Hadi Awang, iaitu:

i. Mengenalpasti jenis-jenis retorik pemujukan yang digunakan oleh Haji Adi Awang.

ii. Membincangkan kepentingan retorik pemujukan dalam ucapan Haji Hadi Awang.

iii. Meneliti perkaitan antara penyampaian sesuatu mesej atau topik hujahan tertentu dalam teks ucapan.

Metodologi kajian.

Dalam melakukan kajian ini, pengkaji banya menggunakan kaedah perpustakaan untuk menelitiu kajian dalam bidang retorik pemujukkan yang dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Setelah itu, pengkaji menganalisis setiap data yang diperolehi melalui teks ceramah yang dismpaikan oleh Haji Hadi awing yang diperolehi melalui internet.

Dalam kajian ini, pengkaji meneliti ayat demi ayat yang releven dengan aspek bahasa dan teknik pemujukan yang dikeluarkan dan diasingkan mengikut aspek kajian. Ayat-ayat yang releven ini dikeluarkan bagi menyokong dapatan kajian.

Bahan kajian.

Bahan kajian yang diberikan tumpuan ialah data-data ceramah politi yang disampaikan abdul hadi awan. Pengkaji telah memilih beberapa data ceramah seperti berikut:

I. Ucapan TG Haji Hadi Awang Di Parlimen

15 Okt 2008

II. ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Data ceramah yang diperolehi melalui teks ceramah yang dimuatkan dalam internet.

Aspek-aspek teknik pujukkan

Menurut Hubt (1992: 275-283), terdapat empat strateji umum yang boleh digunakan oleh penutur untuk membujuk, iaitu penyatuan, keseimbangan, pengukuhan , dan seruan untuk bertindak.

Strategi penyatuan digunakan apabila penutur terlebuh dahulu mengetahui idea, konsep, sebab dan akibat, dan induvidu mana yang dianggap akan diterima atau ditolak oleh khalayak. Penutur kemudian akan merangka ucapan untuk mengaitkan setiap fakta yang diharap akan dityerima oleh khalayak. Bagi menggunakan streteji penyatuan dalam sesuatu ucapan bujukan, tiga langkah perlu diikuti iaitu, membuat penentuan yang tepat, membina hubungan yang rapat atau erat, dan perkembangan idea dalam hubungan supaya menjadi menarik dan toidak membosankan. Dalam menggunakan strateji ini, penutur mestiu berfikir sebaik-baiknya berkenaan dengan hubungan antara khalayak, punca, dan cadangan yang bernas. Jika penutur bolh membuat ramnalan yang dianggap logig oleh pengdengan, penyatuan boleh menjadi strateji bujukan yang paling berkesan.

Strategi keseimbanggan pula memerlukan penutur mengekalkan keseimbangan kognitif. Dengan perkataan lain, penutur lebih tertarik untk menyatakan perkara yang menjadi pegangan kahlayak disamping mengemukakan idea baru yang menjadi bantahan khalayak. Dalam menggunakan strategi ini, pengucap harus pandai megemukakn hujah supaya boh diterima oleh khalayak. Dalam menggunakan stategi ini, penutur harus mengemukakn keburukan pegangan yang dipegang oleh khlayang disamping memikirjan tentang idea baru yang disampaikan. Apabila penutur Berjaya mempengaruhi khalayang dengan idea baru ini, khalayang akan berubah pandangan dan mula berpegang kepada idea baru yang dikemukakan. Strateji ini dikatakan Berjaya jika penutur berupaya mengubah pandangan khalayak yang mnendengar,

Strategi pengukuhan merupakan strateji yang paling biasa digunakan, strateji ini bertujuan mengukuhkan pegangan yng sudah sedia ada pada khalayang tanpa memberikan idea baru. Strateji ini biasanyaa digunakan oleh ahli politik yang sudah acap kali Berjaya dalam sesebuah pilihanraya.

Strategi seruan untuk betindak memerlukan penutur berhati-hati mentafsir sesuatu isu untuk menyeru khlayak bertindak. Sebelum menggunakan strategi ini, penutur harus benar-benar pasti khalayak menganggap sesuatu isu tersebut penting sehingga boleh diambil tindakkan serta merta. Dengan kata lain, selesai ucapan, khlayak akan mendesak tindakan serta merta akan diambil berkenaan isu tersebut.

Dapatan kajian

Teknik pemujukkan

Dalam menyampaikan ceramah politi, Haji Hadi \Awang menggunakakn beberapa teknik pemujukan untuk menarik minat khalayak supaya menggundi beliau. Dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan teknik pemujukan secara ringkas yang digunakan oleh Haji Hadi Awang terutama melalui teknik pemujukan pengukuhan.

Teknik pengukuhan.

Teknik pengukuhan merupakan teknik yang digunkan oleh seseorang penutur untuk mengukuhkan penyataannya tentang apa yang sudah dipercayai oleh khalayak dan membuktikan bahawa apa yang diperkatakan oleh penutur adalah benar. Oleh hal yang demikian, penutur tidak perlu menarik minat khalayak. Terdapat beberapa jenis teknik pengukuhan.

A. Pengukuhan melalui petikan Al-Quran atau Hadis

B. Teknik pengukuhan melalui isu-isu sosial.

C. Teknik pengukuhan melalui isu-isu semasa.

D. Teknik pegukuhanmelalui peristiwa sejarah.

Analisis kajian

A. Pengukuhan melalui petikan al-Quran dan hadis

Penggunaan teknik pengukuhan ini amat luas digunakan oleh penutur terutama oleh penutur politik. Walaupun tidak diterangkan secara terperinci, namun sudah cukup untuk memancing kepercayaan khalayak. Kebiasaanya, senjata ini banyak memberikan kesedaran kepada khalayak tentang kebenaran yang hendak disampaikan. Dengan penggunaan teknik pengukuhan ini, khalayak akan lebih mempercayai penyataan yang disampaikan oleh pengucap dan mengakui kebenaran yang disampaikan.

Dalam ceramah politik yang disampaikan oleh Haji Hadi Awang, terdapat banyak penyelitan petikan al-Quran dan hadis untuk menguatkan penyataan yang diungkapkan oelah beliau. Hal ini secara tidak langsung akan menguatkan keyakinan pendengar yang mejoritinya terdiri Daripada penganut agama islam yang menyokong parti PAS.

Berdasarkan penggunaan teknik pengukuhan melalui petikan al-Quran dan hadis, golongan khalayak pasti melihat sesuatu yang diperkatakan oleh penutur adalah benar dan tidak menyeleweng. Bagi khalayak luar Bandar yang beragama islam, perjuangan tersebut pasti merupakan suatu kebenaran yang mutlak yang disifatkan sebagaisatu perjuangan di jalam Allah yang memerlukan sokongan padu dari mereka.

Penggunaan teknik pegukuhan ini dapat dilihat dalam contoh berikut:

a. [Membaca sepotong ayat Al-Quran]. “Adakah kamu tidak lihat, tidak faham, tidak mengerti apa yang telah berlaku kepada kaum Aad, kaum Samud, kaum Firaun? Begitulah kaum-kaum yang lain yang hebat tamadunnya. Bangunan-bangunan yang hebat, tinggi mencakar langit, tiang-tiang yang besar menggunakan tiang-tiang balak batu, bukan balak kayu. Semuanya musnah bila berlakunya penyelewengan kejahatan sama ada aqidah, politik, ekonomi, akhlak dan lain-lain”.

b. “[Membaca sepotong ayat al-Quran]”. “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan riba itu, tidaklah mereka bangun daripada kubur mereka bila mereka dibangkitkan, mereka bangun laksana orang gila yang dirasuk oleh syaitan.” Mereka berlagak macam syaitan dalam kehidupan dunia ini, dengan kerakusan untuk mengejar kemajuan ekonomi tanpa mengira orang lain. Mereka berkata riba macam jual beli juga, padahal Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

c. Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [4:58]

d. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." [4:1]

e. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

B. Teknik pengukuhan melalui isu-isu sosial.

Dalam setiap ceramah politik yang disediakan, Abdul Hadi Awang sering memperkatakan beberapa isu sosial. Namun begitu, terdapat juga isu sosial yang diulang-ulang dalam ceramah beliau. Hal ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi penyataan beliau. Antara isu sosial yang dibincangkan dalam ceramah beliau termasuklah amalan politik wang atau dikenali dengan rasuah.

a. Masalah pengangguran, walaupun di sana ada program modal insan untuk melahirkan tenaga mahir di kalangan terpelajar tetapi berlakunya pengangguran. Pengangguran ini berlaku sama ada tidak ada peluang pekerjaan ataupun tidak ada semangat, semangat tidak ada. Keduadua aspek ini hendaklah diberi perhatian, yang tidak ada peluang pekerjaan mesti diberi peluang pekerjaan, mewujudkan suasana yang memberi peluang pekerjaan, yang tidak ada semangat dipulihkan semangatnya termasuklah penjenayah, penagih dadah.



C. Teknik pengukuhan melalui isu-isu semasa.

Sebagai seorang pemimpin, Abdul Haji Awang seringkali memasukkan isu-isu semasa dalam ceramah politiknya. Unsur ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan beliau sebagai ahli politik yang mengetahui selok-belok perkembangan semasa tanah air sekali gus dapat menyakinkan khalayak untuk menyokong penyataannya.

a. Hari ini kita melihat tanda-tanda jelas dan besar, kegagalan liberal kapitalisme ditunjukkan oleh sendiri oleh Amerika yang menjadi ‘Ah Long’ kepada dunia yang rakus dan memaksa negara-negara dunia supaya mengikut cara-cara, amalan-amalan dan polisi mereka dan menyerang negara-negara yang tertentu untuk kepentingan ekonomi mereka walaupun mengorbankan ratusan ribu dan berjuta rakyat

b. Dalam menangani masalah kemiskinan kerajaan jangan hanya menyediakan data jumlah kemiskinan yang diminta dalam Dewan di akhir tahun. Sediakan wang dahulu lepas itu baru cari kemiskinan. Kadang-kadang sumbangan yang diberi tersasar, tidak sampai ke matlamat orang-orang miskin itu sendiri. Kerajaan mesti membuat kajian yang terperinci berapa jumlah orang miskin yang dapat dipulihkan, berapa jumlah orang miskin yang tidak ada harapan untuk dipulihkan, Orang kurang upaya, orang cacat ada harapan untuk dipulihkan berapa jumlah.

c. Dalam memantapkan ekonomi rakyat dan negara, pembangunan sektor sokongan dan pembangunan industri logistik amat penting. Kita melihat sebagai contoh, saya orang kampung, melihat sendiri bagaimana petani nak bertanam, menghadapi masalah harga baja yang mahal. Penternak nak pelihara binatang, harga makanan binatang ternakan mahal.

d. Undang-undang hukum gantung sampai mati. Baru-baru ini di peringkat antarabangsa golongan hak asasi manusia menimbulkan hukuman gantung sampai mati, ini hukuman zaman kuno. Masih diamalkan. Undang-undang yang seperti ini hendaklah dihapuskan, ditukar pada yang lain. Bukan tak ada undang-undang langsung. Bukan bermakna kita minta hapuskan ISA bermakna tak ada undang-undang, ada undang-undang.
Buat undang-undang yang lain, yang baik, yang adil, yang sesuai dengan perkembangan masa, yang sesuai dengan kita sudah merdeka. Undang-undang yang menimbulkan rasa tanggungjawab yang tidak menghilangkan kasih sayang antara kerajaan dan rakyat, antara satu sama lain.

e. Kita juga percaya bahawa slogan "Satu Malaysia" juga tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu. Hal ini diburukkan lagi dengan tidak adanya konsep pemisahan kuasa antara eksekutif-legislatif-kehakiman dalam negara kita

f. Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-masing. Penafian fakta ini adalah satu bentuk penipuan terhadap daya intelek rakyat sendiri.

g. Perubahan kepimpinan dalam negara kita yang baru sahaja berlaku itu bukannya hal dalaman Umno dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini. PAS berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, yang mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

h. Akhir-akhir ini saya melihat bahasa kebangsaan tidak diperkasakan, dilekehkan. Kita lihat bagaimana pemimpin Jepun buat perjanjian dengan bahasa Jepun terjemah dengan bahasa lain, kalau silap, mesti balik dengan bahasa asal dia. Dia boleh kelentong ikut bahasa dia. Inggeris dengan bahasa Inggeris, Perancis dengan bahasa Perancis. Kita dengan bahasa orang, orang kelentong kita, ini yang berlaku. Tidak menjadi salah kita banyak belajar bahasa asing, tapi dalam masa yang sama nak memperkasakan bangsa kita sendiri mestilah dengan bahasa kita sendiri.

D. Teknik pengukuhan melalui peristiwa sejarah

Dalam mempengaruhi khalayak, seseorang pemidato atau penceramah harus mengetahu serba sedikit mengenai ilmu sejarah. Hal ini bertujuan untuk memudahkan penceramah untuk mengaitkan sesuatu peristiwa yang dijangka akan berlaku dengan peristiwa yang telah menjadi sejarah. Sebagai seorang pemimpin, Abdul Hadi seringkali mengaitkan sesuatu peristiwa sejarah dengan peristiwa yang dijangka bakal belaku sebagai salah satu daya penarik dalam setiap ucapannya. Melalui penceritaan peristiwa sejarah tersebut, beliau mengaitkanya dengan keadaan semasa dan mengajak khalayak mengaitkan peristiwa trsebut dengan masa depan. penggunan tekni pengukuhan yang sedemikian sudah pasti akan menarik minat khalayak untuk menyetujui penyataan yang disampaikannya.

a. Pernah berlaku Bank Bumiputra yang tinggal nama, barang kali generasi yang akan datang akan lupa nama Bank Bumiputera ini. Hilangnya nama Bank Bumiputera dan terpaksa bertongkat dengan bank lain digabung, dihilangkan namanya tidak lain da tidak bukan kerana pinjaman-pinjaman yang berasaskan riba yang dianggap boleh membawa keuntungan, akhirnya terlalu ramai tidak bayar

b. Kita jangan terus-menerus dengan sistem yang diamalkan di zaman penjajahan dahulu. Negeri-negeri di Pantai Timur sebagai contoh diabaikan. Negeri-negeri di Malaysia Timur diabaikan. Banyak industri, pembangunan-pembangunan yang memberi pulangan yang lumayan, yang mengukuhkan ekonomi di negeri Pantai Barat, kemudahan-kemudahan pelabuhan dan lainlain Pantai Timur dan Malaysia Timur ditinggalkan.

c. Taiwan, China bangkit dengan cara mereka sendiri, di samping mereka mendidik rakyat dengan ilmu dan semangat, untuk menimba ilmu dari mana sahaja datangnya. Ini kerana di nyatakan oleh Nabi s.a.w… [Membaca sepotong ayat Al-Quran] “Kebijaksanaan adalah barang tercicir kepunyaan orang yang beriman” di mana saja dia jumpa, dia mesti ambil. Tamadun Islam, belajar dulu Tamadun Cina, Tamadun India, Tamadun Rom, Tamadun Parsi, Tamadun Mesir, diambil semua yang menjadi manfaat, diterjemahkan dalam bahasa Arab. Untuk mempelajari tamadun lain dengan bahasa masing-masing, untuk membanyakkan tenaga mahir yang melahirkan tamadun bangsa itu mestilah bangsa ibunda sendiri.
d.
Kewujudan PAS adalah sebagai penerus kesinambungan perjuangan Islam terdahulu di saat tanah air kita masih dijajah. Persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951 juga telah memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. PAS pernah menyumbangkan pemimpin dan pengikut yang ditarbiah dengan dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara oleh penjajah, kerana kitalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, bukan seperti mereka yang pernah mengejar nikmat dunia semata-mata dengan menjadi khadam kepada penjajah, kemudian berkhidmat lagi selepas merdeka untuk meneruskan perancangan penjajah itu.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai seorang tokoh politik Hadi Awang merupakan seorang yang berpengalaman untuk memberi ucapan. Setiap ucapan yang disampaikannya mempunyai kepelbagaian retorik. hal ini menunjukkan bahawa beliau memang kaya dengan pelbagai gaya retorik.

Sebagai seorang yang berpengalaman, beliau dapat mengupas semua isu-isu semasa dengan baik dan berkesan. Gaya pengucapannya yang bersahaja bukan sahaja menarik minat khalayak malah mampu mempengaruhi khalayak. Oleh hal yang demikian, maka tidak hairanlah jika beliau berjaya dalam bidang politik kerana beliau mampu mempengaruhi orang lain.

biodata marx

1.0 Biodata

Karl Heinrich Marx (5 May 181814 March 1883) adalah ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan Prussia. Walaupun Marx menangani banyak isu sepanjang kerjayanya sebagai pemberita dan ahli falsafah, dia paling dikenali kerana analisa sejarahnya dari segi pertelingkahan golongan kelas, diringkaskan dalam dakwaannya bahawa, "Kepentingan kapitalis dan pekerja bergaji bersetentangan sesama sendiri. Tulisannya membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis.

Karl Marx dilahirkan pada keluarga Yahudi moden progressive di Prussia Trier (sekarang di Jerman). Bapanya Herschel, turun-temurun ahli rabbi dan merupakan peguambela. Oleh kerana peluang untuk maju bagi Yahudi agak terhad pada awal abad ke 19 di Prussia, dan kerana mereka tidak begitu kuat beragama, Herschel memutuskan untuk menukarkan namanya kepada Heinrich dan menukar agama keluarganya kepada ugama rasmi Prussian, Lutheranism, selepas kerjaya undang-undangnya berkembang. Keluarga Marx amat liberal dan rumah Marx menjadi tuan rumah kepada ramai pelawat cendekiawan dan artis sepanjang kehidupan awal Karl.

Marx menerima markah yang baik di sekolah gimnasium, iaitu sebuah sekolah yang sama tarafnya dengan sekolah menengah. Tesis seniornya yang mendahului perkembangan lanjutnya dalam analisa masyarakat mengenai agama, walaupun dalam cara yang memberi penekanan kepada fungsi masyarakat berbanding ketidaksamaan politik dan ekonomi) adalah tesis berkenaan "Agama: Gam Yang Mengikat Masyarakat Bersama", yang mana dia memenangi hadiah bagi tesis terbaik ketika itu.

Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya. Bonn terkenal sebagai aktiviti berparti, dan Marx tidak begitu berjaya kerana banyak menghabiskan masa minum di dewan bir. Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke Friedrich-Wilhelms-Universität di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di sana, dia bertukar minat pada falsafah bertentangan dengan kehendak ayahnya, dan dia masuk kumpulan pelajar dan profesor muda yang dikenali sebagai "Young Hegelians", diketuai oleh Bruno Bauer. Sesetengah ahli kumpulan ini menganggap bahawa mereka adalah sama ideologi dengan falsafah Aristotle dan falsafah post-Hegelian. Max Stirner, seorang lagi ahli Young Hegelian menggunakan kritikan Hegelian dan mendakwa bahawa selain menolak agama sepenuhnya nihilistic adalah mistik mysticism. Pandangannya tidak diterima oleh kebanyakan rakannya, dan Karl Marx bertindak balas responded in parts melalui Die Deutsche Ideologie (Ideologi Jerman).

George Hegel telah meninggal pada tahun 1831, dan semasa hayatnya merupakan orang yang berpengaruh di Universiti dan pendidikan Jerman secara umumnya. Pertubuhan Hegelian (dikenali sebagai Right Hegelians) yang bertempat di Universiti mempertahankan bahawa siri historical dialectics telah pun lengkap, dan masyarakat Prussian sebagaimana sekarang merupakan kemuncak semua perkembangan masyarakat terkini dengan sistem kakitangan kerajaan yang meluas, universiti yang bagus, dan tahap pengajian yang tinggi. Hegelians Muda yang dikaitkan dengan Marx percaya bahawa masih terdapat pertukaran dialectical yang akan berlaku, dan masyarakat Prussia masa itu masih lagi tidak lengkap kerana ia masih mempunyai kelompok miskin, masih terdapat penapisan kerajaan, dan diskriminasi terhadap bukan Lutheran.

Marx diberi amaran agar tidak menghantar disertasi kedoktorannya di Friedrich-Wilhelms-Universität, kerana ia pasti kurang disenangi di sana kerana reputasinya sebagai radikal Hegelian Muda. Sebaliknya Marx menghantar disertasinya, yang membandingkan teori atomik Democritus dan Epicurus, ke Universiti Jena pada tahun 1840, di mana ia diterima.

Apabila Bauer, mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842, Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan menyunting Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne. Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843, sebahagiannya akibat pertelingkahan antara Marx dan penapis kerajaan, Marx kembali berpaling kepada falsafah, melibatkan diri dengan aktivis politik, dan bekerja sebagai pemberita bebas free-lance. Marx kemudiannya berpindah, sesuatu yang sering berlaku akibat pandangan radikalnya. Pada mulanya Marx berpindah ke Perancis, dimana dia menilai semula hubungannya dengan Bauer dan kumpulan Hegelians Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya kritikan pada pendapa semasa mengenai hak awam dan kebebasan politik political emancipation. Di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan rakan collaborator Friedrich Engels, yang membawa perhatian Marx pada keadaan kelas bekerja, dan membimbing minat Marx kepada ekonomi. Selepas dia dipaksa meninggalkan Paris kerana hasil tulisannya, dia dan Engels berpindah ke Brussels, Belgium.

Di sana mereka menulis secara bersama The German Ideology, kritikan mengenai falsafah Hegel dan Hegelians Muda, dan kemudian Marx menulis The Poverty of Philosophy (1847), kritikan mengenai fikiran sosialis Perancis. Karya ini merupakan asas bagi kerja Marx dan Engels pal;ing terkemuka, The Communist Manifesto, pertama diterbitkan pada 2 Februari 1848, yang ditempah oleh Communist League (dahulunya, League of the Just), organisasi pendatang Jerman yang dijumpai Marx di London.


Pada tahun itu Eropah mengalami pergolakan revolusi; pergerakan golongan pekerja merampas kuasa dari Raja Louis Philippe di Perancis dan menjemput Marx untuk kembali ke Paris. Apabila kerajaan ini dibubarkan pada tahun 1849, Marx berpindah balik ke Cologne dan memulakan semula Rheinische Zeitung, mengakibatkan dia disingkir. Marx berpindah kali terakhir ke London. Pada tahun 1852 Marx menulis pamplet terkemukannya The Eighteenth Brumaire of Louis Bonaparte, dalam mana dia menganalisa bagaimana Napoleon III mengambil alih Perancis. Dari tahun 1852 hingga 1861, semasa di London, Marx menyumbang kepada New York Tribune, kepunyaan Horace Greeley sebagai pemberita Eropah.

Pada tahun 1863, Canselor di Exchequer William Ewart Gladstone membentangkan ucapan belanjawan pada Parlimen dalam mana dia menyentuh mengenai peningkatan pendapatan negara England, dan menambah, "Saya patut risau dan bimbangkan kepada peningkatan kuasa dan pendapatan jika ia saya percaya terhad pada golongan yang sudah pun mewah." Tetapi, Gladstone menambah, pendapatan ini turut meningkat bagi pekerja British juga.

Pada tahun 1864 Marx menubuhkan International Workingmen's Association, kemudiannya dikenali sebagai First International, sebagai pengkalan bagi meneruskan pergerakan politiknya. Dalam ucapan pertamanya, dia tersalah memetik ucapan Gladstone. Dia mendakwa bahawa Canselor telah berkata, "Peningkatan kuasa dan kekayaan yang menggalakkan terhad sepenuhnya kepada golongan berharta." Petikan sebenar diketahui umum dan percanggahan ini digunakan untuk menjatuhkan the International.

Sehingga hari ini, anti-Marxists seperti Paul Johnson memetik ucapan Marx yang bercanggah dengan maksud Gladstone sebagai bukti pemalsuan dan adalah tidak jujur secara umumnya.

The International terselamat dari kontrovesi ini tetapi bubar pada tahun 1872 sebahagiannya kerana kegagalan Paris Commune, dan sebahagiannya kerana kebanyakan ahlinya berpindah kepada fahaman anarkisme, yang dianjurkan oleh Mikhail Bakunin. Di London, Marx memberi tumpuan kepada penulisan sejarah serta teori, yang paling terkenal ialah satu set himpunan tulisan Das Kapital (Capital: A Critique of Political Economy), dengan jilid pertamanya diterbitkan pada 1867. Sepanjang tempoh hayat Marx berada di London, keluarganya hidup dalam kesusahan dan bergantung kepada pemberian dari Engels untuk terus hidup.

Marx meninggal di London pada tahun 1883, dan dikebumikan di Highgate Cemetery, London. Baki jilid Capital diterbitkan oleh Engels secara posthumous dari nota Marx.