Ahad, 24 April 2011

budaya bercinta (diambil dr http://terfaktab.blogspot.com/2010/12/budaya-budaya-dalam-bercinta.html )

Budaya Budaya Dalam Bercinta

Salam,

Elena kembali. Gua nak cakap 'thanks' pada semua komen komen lu orang. Pedih pedih bagai semua ada, tapi gua tak terasa hati pun. Yang siap buat entry pembalasan pun gua tabik spring. Gua betul betul terharu siot. Okay lah. Hari ni kita berbual pasal relationSHIT pulak.

Enough la kondem lelaki punya posts buat selamanya sementara waktu.

Bila lu orang berbual pasal satu perhubungan mesti la dalam kepala lu orang berbual 'COUPLE'. Apa budaya yang ada dalam ber-couple ni? Yang korang rasa alergik ah kan? Kat sini gua nak share beberapa budaya yang gua rasa haihhhhh henti henti kan lah weyh. Geli ketiak gua.

1 - Budaya Menge'check' Phone Pasangan.

Perghhhhh.. Gua pun pernah buat dulu. Tapi gua bukan jenis selalu nak check ah kan. Ada ah dalam 2 kali setahun. Bila gua rasa something wrong ah kan. Selalunya memang gua berjaya menemui benda yang tak sepatutnya. Memang kepuasan ah. Haha. Btw, yang gua cuba sampaikan ni jenis 24 jam lu check phone awek/pakwe lu orang. Ni siap tanya setiap nama dalam phone book lu orang. Pastu siap tolong balaskan lagi mesej mesej lu orang. Apa kes? Trash box pun nak usha. Semua pun ah.

Pastu yang paling best sesuka je nak delete delete contact person yang dia orang rasa lu orang tak patut berkawan. Pastu gua pernah terkena dengan ex-bf gua, dia punya la memandai bagi mesej kat bestfriend gua (lelaki) sampai mamat tu tak nak berkawan dah ngan gua. Hangin je gua dengan jenis macam ni. Lu tak rasa ke benda tu privacy? Tak kira ah dieorang tu awek/pakwe lu orang, bukan bini/laki korang pun. Mak bapak gua pun tau benda tu privacy, tak pernah nak pegang phone gua. Lu orang lebih lebih pehal? Tapi sekali sekala boleh ah. Pada gua senang, kalau takde apa nak sembunyi, tak payah takut. Tapi kalau lu orang dapat jenis pakwe/makwe physco memang nasib ah.

2 - Budaya Membawa Handbag GF

Haha.. Yang ni sumpah gua gelak. Gua tau lu orang rasa kononnya selamat ah kalau lu orang bawakkan handbag gf lu orang kan? Tapi lu orang tau tak HODOH tu apa? Kalau orang nak ragut dia sambar je. Apa adahal? Lu dah punya smart ah dengan kemeja bagai. Misai terletak bagai. Sekali lu orang sangkut plak handbag pink siap rambu rambu bagai kat bahu. Perghhhhh.. Lu orang dah macam gayboy patah tau tak? Gua tak tau la pandangan orang lain tapi gua rasa memang tak berkenan. Pada awek awek sekalian, LV fake lu orang tu sesuai kat diri lu orang je. Tak payah ah pakwe lu orang yang pegang. Setakat lu orang nak pergi toilet tu then abang sayang pegangkan kejap dah la weyh. Lebih lebih tak payah ah. Ni gua tengok setiap masa dah mamat mamat tu yang pegang. Gua pun jadi confused. Siapa punya handbag ni sebenarnya? Demmmmm..

3 - Budaya Pakwe Adalah Segalanya.

Haaa... Ni gua bengang yang amat. Lu pernah terjumpa tak yang kawan perempuan lu apa apa hal pun nak refer kat pakwe dia. Nak pergi kedai depan rumah pun nak bagitau pakwe dulu. Mintak kebenaran. Gua paham lu mendidik diri untuk menjadi isteri muslimah tapi alahaiiiii semua benda pun nak dapat approval, lu memang leceh ah. Dah ajak keluar ni, ye ye kelapa je dah plan, sekali boleh la plak lu berbual yang pakwe lu tak bagi. Gua nak tanya, lu ada tanya maka bapak lu tak? Mesti takde kan? Haaaa.. yang lu agungkan sangat pakwe lu tu apa adehal? Menyampah siak. Tu tak boleh, ni tak boleh, semua pakwe lu tak bagi. Mak bapak lu tak bagi ada lu kesah? Sumpah gua rasa nak lempang je sekor sekor.

4 - Budaya Berbelangkas Tak kira Masa/Tempat.

Yang ni plak, lu orang je lah bercinta. Lu orang je lah ada pakwe/makwe. Ehhh.. Lu orang tak segan silu nak 'beramas' mesra depan orang ramai. Lu budget lu AMERIKA ah skang. Kalau pegang tangan tu memang takkan lepas. Kalau dah berdiri berdua dia punya melekat memang tak sudah. Kalau dua dua HOT, bergelora gak tengok. Ni mak aihhhhhh.. Gua yang terpandang pun naik segan. Apa tak nya, naik lrt, lu pegang awek lu punya rapat macam lrt tu penuh cam sardin, nak nak takut plak awek lu bergesel dengan mamat bangla. Tapi gua usha kiri kanan, ada orang? NAN ADO! Abisss lu pehal nak macam tu dalam lrt? Pastu yang macam ni banyak plak budak bawah umur, budak sekolah. Lagi bagus semua public transport diasing kan laki perempuan. Setakat berpisah berapa minit je naik lrt takkan ah dah rindu dendam? Cakap lebih, meh sini gua tempeleng.

5 - Budaya Mula Mula Gf, pastu Maid.

Budaya ni banyak terjadi masa gua belajar kat 'U' dulu. Ye ah, duduk hostel mana ada washing machine kan? Dapat plak pakwe sengkek stock dari hantar baju ke dobi baik hantar kat gf dapat gak save duit kan? Kawan kawan gua memang selalu kena ah, Berhempas pulas. Dah ah seluar jenas baiiiii.. Basuh tangan. Memang terbaik ah gua cakap. Belum lagi stock masakkan makanan, gosokkan baju, tolong siapkan tutorial. Demmmmmmm.. Kat rumah sendiri pun lu orang tak serajin tu kan?

Bagi awek awek, dah sayang kan? Nak buat cam mana? Buat je lah. Tapi bila stock pakwe dah hantar baju berbakul bakul siap terselit lagi baju room mate dia baru ah lu orang nak tersedar. Budaya ni memang banyak weyh. Lagi plak bila dah duduk serumah (belum berkahwin), mesti melalui benda alah ni. Btw, kalau dah kahwin pun tugas si isteri hanyalah melayan suami dan membesarkan anak anak je eh. Memasak mengemas tu tak de dalam senarai. Itu terpulang pada suami untuk menggajikan pembantu atau budi bicara si isteri. Tapi kalau gua, gua nak masak untuk suami gua. Takde maknanya gua nak bagi minah indon masakkan. Mau lari laki gua tu nanti. What the helllll? Haha.

Ok lah, gua rasa cukup je ah setakat disini. Apa apa pandangan or tambahan, lu orang boleh kongsi. Gua terasa baik plak harini. Haha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan