Sabtu, 23 April 2011

pengajaran sastera (diambil dr http://www.slideshare.net/bahterabahasa/taklimat-kesusasteraan-melayu-spn21 )

  1. Bahagian 1
    • Perbezaaan konsep antara:
    • pendekatan
    • kaedah
    • strategi
    • teknik
    • aktiviti
  2. Konsep Pendekatan
    • Makna Kamus:
    • Perbuatan mendekati; jalan ke arah sesuatu; cara memperlakukan sesuatu… ( Kamus Oxford )
    • Rumusan:
    • Usaha untuk mendekati (memahami)
    • Bertitik tolak daripada suatu andaian/asumsi
    • Terbina berasaskan teori, kepercayaan, falsafah.
  3. Pendekatan ialah
    • prosedur atau tata kerja bagi memahami sesuatu. Kefahaman yang diperoleh itu akan dijana berdasarkan ilmu bantu, kefahaman, teori, falsafah dan agama yang digunakan. Antara ilmu bantu yang boleh digunakan untuk mendekati kesusasteraan ialah Teori Struktural, Teori Psikologi, Teori Sosiologi, Ilmu Estetika, Agama Islam, Stilistik dan Hukum Linguistik, Bidang Komunikasi dsb.
  4. Maksud Kaedah dalam Kamus
    • Menurut Kamus Oxford (Kamus Elektronik Besta):
    • Kaedah ialah cara membuat sesuatu, susunan, kebiasaan yang teratur.
  5. Konsep Kaedah
    • Kaedah pengajaran dalam erti kata yang mudah merupakan jalan, cara, susunan, proses dan prosedur pengajaran yang teratur. Hal ini bermakna, setelah menentukan pendekatan (cara memahami) yang ingin digunakan, maka pendekatan dijalankan atau dilaksanakan prosesnya menggunakan kaedah yang sesuai. Dalam erti kata yang lain, pendekatan merupakan kefahaman tentang aspek yang diajarkan sedangkan kaedah merupakan proses memindahkan kefahaman itu kepada pelajar-pelajar. Dalam persediaan mengajar kaedah ini diperhalus dalam bentuk [jalan, cara, susunan, proses dan prosedur] yang mengandungi langkah-langkah pengajaran:
    • induksi set - langkah2 - penilaian - rumusan - peneguhan/pengayaan/pemulihan.
  6. Konsep Strategi
    • Menurut Kamus Oxford , strategi merupakan muslihat atau rancangan untuk mencapai matlamat tertentu. Dalam konteks pendidikan, strategi yang dimaksudkan terbahagi kepada dua, iaitu strategi gabung jalin dan strategi penyerapan. Konsep gabung jalin dan penyerapan berhubung kait dengan konsep pengayaan, pendidikan bersepadu dan penyerapan kemahiran bernilai tambah. Kedua-dua strategi ini digunakan dengan hasrat mencapai matlamat atau tujuan pendidikan yang lebih umum berbanding objektif pengajaran dan hasil pembelajaran.
  7. Konsep Teknik
    • Menurut Kamus Oxford, teknik merupakan kemahiran (skill) dan kaedah mencipta hasil seni. Dalam konteks pendidikan, teknik merupakan suatu kemahiran (skill) untuk MEMPERMUDAH kaedah pengajaran dalam proses pemindahan kefahaman tentang isi pelajaran. Ia bersifat halus dan seni yang mampu menggalakkan kesan yang lebih optimum.
  8. Konsep Aktiviti
    • Menurut Kamus Oxford, aktiviti bermaksud gerak kerja atau kegiatan. Dalam konteks pendidikan, aktiviti merupakan kegiatan yang melibatkan pergerakan pelajar secara aktif dan lebih bersifat gabungan seimbang antara aktiviti kognitif, psikomotor dan afektif. Aktiviti dimanfaatkan untuk membantu teknik dan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika teknik main peranan dipilih,bentuk aktiviti yang lebih khusus ditentukan sama ada jenis lakonan, simulasi, pantomim, dsb.
  9. Bahagian 2
    • hubungan antara pendekatan dan kaedah pengajaran
  10. Bagaimana Pendekatan Terhasil? Pendekatan Linguistik Pendekatan Stilistik, Retorik Pendekatan Semantik Interpretif Pendekatan Sejarah Ilmu Bahasa / Linguistik Ilmu Stilistik / Gaya Bahasa Ilmu Semantik Ilmu Sejarah Ilmu bantu Pendekatan yang terhasil Contoh khusus Asas/dasar pendekatan
  11. sambungan Pendekatan Komunikatif Pendekatan Koperatif Komunikasi Koperasi Bidang Pendekatan Struktural Pendekatan Konstruktivisme Strukturalisme Konstruktivisme Fahaman Pendekatan yang terhasil Contoh khusus Asas/dasar pendekatan
  12. sambungan Pendekatan Islam Islam Agama Pendekatan MIB/Moral MIB Falsafah Pendekatan Psikologi Pendekatan Sosiologi Pendekatan Estetika Melayu/Islam Teori Psikologi [Teori R&G, Teori Frued, Teori Pelaziman Klasik] Sosiologi/Budaya Estetik Teori Pendekatan yang terhasil Contoh khusus Asas/dasar pendekatan
  13. Hubungan antara pendekatan dan kaedah PENDEKATAN * * * * * * Vygotskyian * * * * * * * koperatif * * * * * * * komunikatif * * * * * * Linguistik/ semantik * * * * * * stilistik * * * * * * MIB * * * * * * * estetika * * * * * * sejarah * * * * * sosiologi * * * * * * psikologi * * * * * * struktural KAEDAH Task- Based Learning Problem- Based Learning Inquiry- Based Learning perbandingan berfokus Mengalami menghayati Struktur-al EKLEKTIK
  14. Bahagian 3
    • ciri-ciri P&P Era SPN21:
    • Pembelajaran berpusatkan pelajar
    • Seronok dan aktif
    • Bermain dan belajar lebih
    • Menggalakkan koperatif/kolaboratif
    • Penyelesaian masalah dan produktif
    • Keusahawanan (entrepreneurship)
    • Menggalakkan komunikasi
    • Literasi berfungsi
    • Teori dan aplikasi
    • Pembelajaran berasaskan tugasan dan penyelidikan
    • Subjek merentas kurikulum (gabung jalin dan penyerapan)
    • Hubungan bilik darjah dan luar sekolah
    • Pendidikan sepanjang hayat (long-life education)
  15. Bahagian 4
    • jenis-jenis pendekatan dan kaedah P&P KM yang sering digunakan
    • Sedikit penjelasan tentang lapan pendekatan yang sering digunakan
  16. 1) Pendekatan Struktural
    • Pendekatan Struktural melihat sesuatu berdasarkan struktur dan fungsi. Pendekatan ini cenderung membicarakan elemen-elemen yang membina objek. Jika melihat rumah, pendekatan ini akan melihat unsur-unsur yang membangun rumah seperti bahan binaan yang mungkin terdiri daripada jenis kayu, simen, gred batu bata, jenis atap, jendela, pintu dan fungsi ruang-ruang atau bahagian rumah tersebut. Karya sastera pula dinilai berdasarkan unsur fizikal seperti watak, latar, teknik dan sebagainya yang membangun karya sastera itu dan fungsi-fungsi unsur tadi untuk menyampaikan isi (tema dan persoalan) karya sastera.
  17. 2) Pendekatan Psikologi
    • Pendekatan ini digunakan dengan mengaplikasi teori-teori tertentu yang terdapat dalam ilmu psikologi seperti Teori Frued, Teori Stimulus Respon, Teori Perkembangan Kanak-Kanak, Teori Kognitif (Mentalis), Teori Tingkah Laku (Behaviuris), Teori Afektif dan banyak lagi. Pendekatan Psiokologi digunakan dengan melihat karya sastera sebagai catatan kejiwaan dan pemerian tingkah laku watak dan penulis.
  18. 3) Pendekatan Sosiologi
    • Pendekatan Sosiologi digunakan apabila melihat karya sastera sebagai testamen budaya, kesenian, gaya hidup dan politik. Aspek-aspek yang menjadi sorotan antaranya ialah latar masyarakat, latar budaya, latar peralatan, gaya hidup masyarakat watak. Terdapat pula pembicaraan karya sastera yang melihat kedudukan penulis karya yang dibicarakan dalam kalangan masyarakat.
  19. 4) Pendekatan Sejarah
    • Pendekatan Sejarah sesuai digunakan untuk membicarakan karya sastera historiografi. Walaupun karya-karya jenis ini memaparkan kisah sejarah dalam bentuk kreatif, namun aspek sejarahnya masih boleh dibandingkan dengan catatan yang terdapat dalam buku sejarah. Membaca karya sastera historiografi sambil merujuk catatan sejarah akan menimbulkan suatu pengalaman membaca yang menyeronokkan berbanding membaca buku sejarah semata-mata. Karya sastera selain historiografi boleh dibicarakan melalui pendekatan ini jika terdapat unsur-unsur sejarah terkadnung di dalamnya.
  20. 5) Pendekatan Estetika
    • Pendekatan Estetika digunakan apabila ingin menikmati karya sastera sebagai hasilan seni. Melalui pendekatan ini, ukuran keindahan digunakan untuk menilai aspek isi dan bentuk karya sastera. Pengkritik karya sastera yang menggunakan pendekatan ini sering menggunakan ukuran kepelbagaian, keseimbangan dan kesatuan unsur-unsur yang membangun karya sastera sebagai penentu tahap keindahan sesebuah karya sastera. Dalam Kesenian Islam, unsur ini disebut Ahad, Adil dan Karam.
  21. 6) Pendekatan Etika Islam (MIB)
    • Menilai karya sastera menggunakan Etika Islam (MIB) bermakna melihat karya sastera melalui kaca mata agama Islam. Melalui pendekatan ini, segala aspek atau unsur yang terkandung dalam isi dan bentuk sesebuah karya sastera wajib tidak bertentangan dengan ajaran dan kepercayaan agama Islam. Buku Asas-asas Kritik Sastera tulisan Yahya M.S merupakan panduan yang terbaik bagi menggunakan pendekatan ini. Secara ringkas, teras pembicaraan (kritikan) dan pengajaran sastera menurut Etika Islam ada tiga, iaitu teras kebajikan, teras ketakwaan dan teras ketatasusilaan (Hashim Awang, 1998).
  22. 7) Pendekatan Stilistik
    • Pendekatan Stilistik pula cenderung melihat kemampuan pengkarya memanipulasi penggunaan bahasa. Melalui pendekatan ini aspek gaya bahasa seperti gaya bahasa perbandingan, pertentangan, pertautan dan pengulangan menjadi fokus pembicaraan. Terdapat pula pengkritik yang memanfaatkan ilmu retorik yang diasaskan oleh Aristotles bagi menilai kemampuan pengkarya menggunakan bahasa.
  23. 8) Pendekatan Linguistik
    • Pendekatan Linguistik melihat karya sastera sebagai korpus bahasa. Pendekatan ini lebih berminat untuk membicarakan penggunaan bahasa baik dari segi morfologi, sintaksis bahkan ke peringkat wacana. Selain itu, pendekatan ini juga boleh digunakan untuk melihat aspek semantik. Penyerapan karya sastera dalam pengajaran bahasa boleh menggunakan pendekatan ini untuk mengajarkan unsur-unsur bahasa berdasarkan sukatan pelajaran bahasa Melayu. Penggunaan jenis kata, pembentukan kata, jenis ayat, ragam ayat, bentuk ayat dan sebagainya itu boleh dijadikan fokus utama manakala nilai-nilai yang terkandung dalam karya sastera yang digunakan boleh dijadikan sebagai fokus sampingan, begitu juga halnya dengan kemahiran berbahasa yang lain.
    • Sedikit penjelasan tentang lima kaedah
  24. 1) Kaedah Struktural
    • Pengajaran sastera melalui kaedah ini bermaksud mengajarkan elemen-elemen yang membangun karya sastera. Karya sastera seperti novel, drama, hikayat, cerita rakyat dan cerpen diajarkan melalui pembicaraan tentang elemen-elemen seperti watak dan perwatakan yang sering dibahagikan kepada watak protagonis, antagonis, neutral, watak pipih, watak bulat dan sebagainya; latar cerita seperti latar tempat, latar peralatan, latar budaya, dan latar waktu; jenis sudut pandangan pencerita yang terbahagi kepada sudut pandangan pencerita, sudut pandangan watak, sudut pandangan kamera dan sudut pandangan bawah sedar; sifat sudut pandangan seperti maha tahu, tahu terhad, dan jahil; jenis perbualan seperti dialog, monolog, multilog; teknik penceritaan seperti imbas muka, imbas kembali; jenis plot seperti kronologi, antikronologi, plot mudah, plot kompleks dan tanpa plot; dan isi karya sastera, iaitu persoalan, tema, pengajaran dan nilai. Kaedah ini melihat semua unsur yang terdapat dalam karya sastera namun tidak terlalu mendalam dari segi jangkauan penjelasannya. Jika ingin melihat sesuatu unsur dengan lebih mendalam, maka kaedah berfokus digunakan.
  25. 2) Kaedah Mengalami dan Menghayati
    • Kaedah ini lebih mengutamakan kemampuan untuk menikmati karya sastera. Mengajarkan karya sastera menggunakan kaedah ini lebih mementingkan kebolehan pelajar-pelajar untuk mengalami dan menghayati unsur-unsur yang terkandung dalam karya sastera. Melalui kaedah ini, karya puisi atau sajak dinikmati dengan cara mendeklamasinya. Perwatakan watak difahami lalu dilakonkan melalui aktiviti lakonan, drama atau improvisasi. Karya sastera seperti pantun pula boleh digunakan dalam aktiviti berbalas pantun atau dinyanyikan mengikut irama-irama tertentu seperti joget, japin, dangdut dan yang bersesuaian.
  26. 3) Kaedah Berfokus
    • Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci. Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, aspek penggunaan bahasa dalam dialog boleh dijadikan sebagai fokus utama manakala aspek watak dan perwatakan pula boleh dijadikan fokus sampingan. Melalui kaedah ini, pengajaran boleh terdiri daripada satu fokus utama; satu fokus utama dan satu fokus sampingan; atau satu fokus utama dan pelbagai fokus sampingan.
  27. 4) Kaedah Perbandingan
    • Kaedah perbandingan digunakan untuk membuat perbandingan antara unsur fizikal dan isi karya sastera A dan karya sastera B. Karya-karya sastera yang dibandingkan mungkin karya sastera tempatan atau perbandingan dilaksanakan antara karya sastera tempatan dan karya sastera luar negara. Unsur-unsur yang dibandingkan antaranya watak dan perwatakan, pemilihan latar, atau hal-hal yang lebih berat seperti falsafah, persoalan dan tema. Kaedah ini boleh digunakan untuk melatih pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir yang tinggi.
  28. 5) Kaedah Eklektik
    • Kaedah Eklektik menggabungkan dua atau lebih kaedah atau pendekatan yang ada. Kaedah ini digunakan apabila banyak aspek atau unsur yang diajarkan sekali gus. Watak dan perwatakan boleh diajarkan melalui pendekatan psiokologi, latar diajarkan melalui pendekatan sosiologi, manakala aspek tema dan ajaran diajarkan melalui pendekatan etika Islam.
    • Sedikit penjelasan tentang dua strategi
  29. 1) Strategi Gabung Jalin Kemahiran akademik: mengkaji, meringkas, merumus, mencerap dsb. Kemahiran abad 21: ICT, Internet, Blog, Podcasting, reka bentuk, reka cipta dsb. Kemahiran kecekapan berbahasa: pidato, berbahas, ceramah, dsb Kemahiran berbahasa: mendengar bertutur, membaca menulis. Kemahiran sastera: berpantun, menambang syair, mendeklamasi, menyanyi dsb GABUNG JALIN KEMAHIRAN Pengabungjalinan ABB/ABM Pengabungjalinan aktiviti Pengabungjalinan teknik Pengabungjalinan subjek/mata-mata pelajaran Pengabungjalinan kaedah Pengabungjalinan aspek/isi pelajaran Pengabungjalinan pendekatan GABUNG JALIN ISI PELAJARAN GABUNG JALIN PERKAEDAHAN
  30. 2) Strategi Penyerapan dan mata-mata pelajaran lain Nilai Antarabangsa MIB/Pelajaran Am/Sivik Nilai Keagamaan Ilmu-ilmu lain yang sesuai Sejarah Nilai Kesenian Ilmu Agama: Syariah dsb Seni Lukis Nilai Kebudayaan Ilmu Seni Lain Pengetahuan Agama Islam Nilai Kemasyarakatan Ilmu Lingusitik, Semantik Bahasa Melayu PENYERAPAN NILAI PENYERAPAN ILMU ISI PELAJARAN LAIN
  31. Bahagian 5
    • pendekatan dan kaedah terkini/futuristik
  32. Pendekatan Futuristik
    • Pendekatan Komunikatif
    • Pendekatan Koperatif
    • Pendekatan Vygotskian
  33. Pendekatan Komunikatif
    • Pendekatan Komunikatif melihat sesuatu sebagai suatu proses komunikasi yang melibatkan elemen-elemen komunikatif seperti sumber, mesej, saluran dan penerima. Karya sastera dilihat sebagai saluran/media untuk penulis menyampaikan suatu mesej kepada pembaca. Proses memahami/mendekati karya sastera juga perlu menonjolkan ciri-ciri komunikatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui pendekatan ini, elemen karya sastera yang ditonjolkan ialah persoalan, tema, pengajaran, nilai dan interaksi watak dan persekitarannya. Peranan pelajar dalam proses pembelajaran juga ditekankan khususnya bagi menjayakan proses komunikasi antara guru dan pelajar, mahupun antara pelajar dengan pelajar yang lain. Komunikasi bukan didominasi oleh guru dan perlu berlaku dalam pelbagai hala. Interaksi antara pelajar dan karya sastera perlu lebih bebas namun terkawal. Contohnya pelajar bebas mentafsir makna, persoalan, tema, pengajaran dan nilai namun pelajar dilatih untuk bertanggungjawab antaranya dengan menampilkan hujah atau pembuktian yang kukuh dan rasional.
  34. Pendekatan Koperatif
    • Pendekatan Koperatif lebih bersifat perkongsian. Elemen karya sastera yang hendak dipelajari boleh apa sahaja. Apa yang penting pembelajaran atau pemahaman dicapai melalui aktiviti kerja sama. Pelajar digalakkan berkongsi idea, usaha dan hasil pembelajaran. Melalui pendekatan ini, aktiviti seperti Bacaan Koperatif, Perbincangan Koperatif, Rumusan Koperatif dsb dilaksanakan.
  35. Pendekatan Vygotskian
    • Pendekatan Vygotskian menekankan Zon Perkembangan Terdekat (Zone of Proximal Development) yang dipelopori oleh Vygotsky, seorang ahli sains psikologi. Melalui pendekatan ini, pembelajaran pelajar hendaklah diletakkan dalam konteks yang bermakna. Dalam Kesusasteraan Melayu, teks (buku teks) hendaklah dipelajari dalam konteks yang bermakna. Dalam kajian sastera terdapat kajian yang dipanggil kajian konteks. Pendapat Vygotsky selaras dengan kajian konteks, namun, teori Zon Perkembangan Terdekat lebih bersifat selektif iaitu lebih mengutamakan konteks yang berupa lingkungan pelajar. Ini bermakna cuma aspek-aspek yang berkaitan dengan pengalaman sebenar dan persekitaran pelajar yang bermakna sahaja yang sesuai dihubungk kait dengan isi pelajaran. Melalui ZPT (ZPD) pengalaman pelajar yang berbeza dikongsi sehingga ruang pengetahuan, pengalaman pelajar dapat dirapatkan.
  36. Kaedah Futuristik
    • Inquiry-based learning
    • Problem-based learning
    • Task-based learning
  37. Kaedah: Inquiry-based learning
    • Terdapat 5 langkah kaedah ini:
    • Menentukan Permasalahan Kajian (Ask)
    • Melaksanakan Penyelidikan (Investigate)
    • Menganalisis dan Menyediakan Laporan (Create)
    • Membentang, Sumbang Saran, menceritakan pengalaman dan masalah yang dihadapi ketika membuat kajian (Discuss)
    • Penilaian Kendiri - Pelajar mencatat perkara-perkara yang perlu diperbaiki, pengalaman yang perlu diambil kira, instrumen kajian yang perlu ditambah atau dikurangkan dsb (Reflect)
  38. Kajian Sastera
    • Maksud dan fungsi upacara menapakkan dalam majlis persandingan masyarakat Brunei?
    • Fungsi langir dalam masyarakat Melayu Brunei?
    • Upacara mandi berlangir dari perspektif Islam.
    • Pertapaan dari perspektif perguruan persilatan yang ada di Brunei.
    • Konsep keadilan dalam kehidupan bermadu (rumahtangga) dari perspektif Islam.
    • Dalam HAK tidak ada dinyatakan majlis akad nikah. Laksanakan temu ramah bersama imam atau mudim di masjid atau pegawai di Jabatan Agama Islam tentang rukun nikah.
    • Terdapat kekeliruan fakta dalam HAK, antaranya tentang tunang sebenar Raja Muda Indera Bongsu. Laksanakan temu bual bersama pengkaji HAK, Rahim Dulani untuk memperjelas keadaan ini.
  39. Kaedah: Problem-based learning
    • Terdapat 5 langkah kaedah ini:
    • Mengenal pasti masalah (yang diberikan);
    • Kumpulan berbincang tentang fakta yang telah diketahui;
    • Kumpulan melaksanakan sumbang saran dan memecahkan persoalan/masalah
    • Kumpulan menentukan fakta/perkara/langkah yang perlu dilaksanakan sebagai penyelesaian;
    • Wakil kumpulan membentangkan usaha/tindakan yang telah dijalankan.
  40. Masalah/Perbincangan Sastera
    • Mengapakah LL menuruti wasiat AD?
    • Bandingkan kekuatan LL dan AD.
    • Bahaskan tindakan AK merebut tunang TPBBIS?
    • Rumuskan alasan yang munasabah sehingga Dang Kumala menyokong tindakan AK merebut tunang TPBBIS?
    • Hubungan watak-watak dalam HAK sukar difahami. Cadangkan teknik untuk mengatasi masalah ini.
    • Pengarang HAK tidak menjelaskan sebab-sebab TPBKJ pengsan ketika melihat AK. Jelaskan masalah sebenarnya.
    • RMIB dan TPPIMS tidak berkutik ketika AK merebut TPBKJ. Adakah masalah tertentu di sebalik kejadian ini? Bincangkan.
  41. Kaedah: Pembelajaran Berasaskan Tugasan (Task-based learning)
    • Model Tugasan Jane Willis (1996):
    • 1) Pratugasan (Pre-task)
    • 2) Persiapan Tugasan (Task Preparation)
    • 3) Perlaksanaan Tugasan (Task Realisation)
    • 4) Pascatugasan (Post-task)
  42. Langkah2 Task-based Learning: Pratugasan
    • Memanipulasi Bahan Bantu: cth menggunakan gambar / teks - sebagai rangsangan ke arah topik tugasan.
    • Sumbang saran: membuat senarai, kongsi idea, kongsi pengalaman.
    • Persediaan bahasa: Meningkatkan kesediaan pelajar menggunakan bahasa, pemilihan perkataan atau istilah yang sesuai.
  43. Langkah2 Task-based Learning: Persiapan Tugasan
    • Setelah berbincang dalam Pre-Task, pelajar mula membuat keputusan tentang jenis projek yang akan dihasilkan, contohnya butiran terperinci yang akan dimasukkan atau dilukis atau dihasilkan dalam:
    • Poster, soal selidik, laporan, skrip dialog/lakonan, model dsb.
  44. Langkah2 Task-based Learning: Perlaksanaan Tugasan
    • Setelah membuat keputusan jenis projek yang akan dihasilkan dan membuat persediaan dengan teliti, tahap ini merupakan tahap merealisasikan tugasan/projek. Pelajar mula:
    • menghasilkan poster
    • menerangkan soal selidik,
    • membentang laporan,
    • melakonkan skrip dialog/lakonan,
    • melaksanakan perbahasan,
    • mempamerkan model dsb.
  45. Langkah2 Task-based Learning: Pascatugasan (Post-Task)
    • Setelah selesai tugasan, pelajar-pelajar dikumpulkan untuk sesi penilaian. Penilaian mungkin diberikan oleh:
    • Hakim
    • Fasilitator
    • Rakan Sebaya
    • Kumpulan/Pelajar sendiri
    • Penilaian boleh berbentuk:
    • Refleksi Kendiri
    • Saranan/cadangan pelajar lain
    • Kritikan membina
    • Menceritakan pengalaman setiap ahli
    • Kebenaran fakta
    • Kekuatan bahasa dsb.
  46. Tugasan/Projek Sastera
    • Projek pengambaran upacara menapakkan menggunakan kamera video.
    • Pengumpulan gambar perkahwinan menurut urutan.
    • Dokumentasi perkembangan dan perubahan majlis perkahwinan dari dahulu hingga sekarang.
    • Melakonkan babak pertempuran antara AK dan TPBBIS.
    • Menghasilkan skrip dialog dalam bahasa Melayu Baku.
    • Mendatangkan penceramah ke sekolah untuk membicarakan karya sastera.
    • Peraduan lukisan imaginatif terhadap senario, peristiwa atau latar dalam karya sastera.
    • Pertandingan deklamasi sajak, lakonan dan bacaan cerpen berintonasi.
  47. Bahagian 6
    • aplikasi P&P KM sesuai dengan Era SPN21
  48. Padan dan serasi bersama
    • Maklumat subjek, kelas dan pelajar
    • Isi Pelajaran
    • Objektif dan/atau Hasil Pembelajaran
    • Pengetahuan sedia ada pelajar
    • Pendekatan
    • Kaedah
    • Strategi (gabung jalin dan penyerapan)
    • Teknik
    • Aktiviti
    • ABM dan ABB
    • Rujukan
  49. Contoh persediaan mengajar
    • Lihat Lampiran
    • 1) Contoh Persediaan Mengajar:
    • Pendekatan Koperatif
    • Kaedah Pembelajaran Berasaskan Tugasan
    • Teknik Perbincangan dan Bacaan Koperatif
    • Aktiviti menganalisis teks dan membentang
    • 2) Jadual Perkaedahan Mengajar
  50. Bahagian 7
    • Pengajaran dan Pembelajaran
    • Kesusasteraan Melayu melalui
    • Pendekatan Maya
  51. Penilaian Kendalian Sekolah
    • Projek Bahan Maujud/Model/Miniatur
    • Kegiatan lapangan: Kajian, Wawancara dsb
    • Lawatan/Kunjungan
    • Menghasilkan karya sastera
    • Pementasan Teater
    • Deklamasi Sajak
    • Menambang Syair
    • Berbalas Pantun
    • Perbahasan/Pidato/Forum/Ceramah Sastera
    • Pertandingan/Peraduan
    • Pameran dan banyak lagi
  52. Manfaatkan Media Internet:
    • Website
    • Wordpress
    • Facebook
    • Elearning (MOE)
    • Google Earth
    • Youtube
    • Podcasting
    • Moodle
    • Wikis
    • Scribd
    • Slaidshare
    • Cbox
    • Blog
  53. BLOG: Potensinya?
    • Alat komunikasi
    • Sumber maklumat
    • Dokumentasi projek/aktiviti/kajian sekolah/pelajar
    • Wahana karya pelajar
    • Pameran sastera
    • Alat bantu belajar dan mengajar
    • Jaringan sekolah-sekolah
    • Saluran berita
    • Kongsi nota belajar dan mengajar
    • Ganti papan kenyataan/informasi, dsb.
  54. Blog Komuniti Sastera membimbing tunas sastera memenuhi kedewasaan bernegara melalui kuntuman bahasa, sastera dan jasa
  55. Fungsi Blog Komuniti Sastera
  56. BENGKEL: Membina blog Komuniti Sastera
    • Bimbingan Asas (centralized)
        • Tajaan Jabatan Perkembangan Kurikulum
    • Bimbingan Lanjut (sekolah masing2)
        • Hubungi saya untuk penetapan tarikh
        • Hadapkan surat undangan kepada saya melalui
        • dekan SHBIE
  57. BLOG: kendalian Cg Rozaiman Makmun
    • http://kuntumansastera.blogspot.com
    • http://bahterabahasa.blogspot.com
    • http://anjungbahasa.blogspot.com
    • http://latihanmengajar.blogspot.com
    • http://majubahasaspn21.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan