Ahad, 24 April 2011

tugasan...

TEORI MARXISME

Latar Belakang

Pendekatan marxisme terhadap kesusasteraan merangkumi bidang yang luas. Marxisme pada awalnya merupakan teori yang digunakan dalam bidang ekonami, sejarah, masyarakat dan revolusi sebelum mempunyai apa-apa perkaitan dengan kesusasteraan. Pada peringkat awal, marxisme merupakan suatu kumpulan fikiran yang hidup dan suatu set amalan politik yang sebenar. Teori ini dipengaruhi oleh perubahan yang berlaku di dunia dengan matlamat campur tangan untuk mengubah dunia.

Teori marxisme telah dipelopori oleh Karl Marx. Beliau telah dilahirkan di Trier, Jerman pada tahun 1818 dan berbangsa rabbi Yahudi. Sekitar tahun 1840-An, beliau telah membuat penyataan umum yang penting tentang kebudayaan dan masyarakat. Dalam pernyataan tersebut, beliau dengan lantang telah membuat pertentangan secara terang terhadap doktrin-doktrin yang telah sedia ada pada masa itu. Beliau menolak penyataan yang menyatakan filasat hanya merupakan renungan yang khayal dan tidak menyakini bahawa dunia dikuasai oleh fikiran. Bagi beliau, semua sistem mental (ideologi) adalah hasil daripada keberadaan dan ekonami masyarakat. Dalam hal ini, kepentingan kelas sosial masyarakat adalah lebih bersifat dominal. Hal ini boleh dilihat melalui sistem hukuman yang hanya mencerminkan kepentingan kelas sosial dan bukan lahir dari akal sihat manusia demi kepentingan bersama atau lahir dari akal tuhan.

Perubahan demi perubahan yang dialami, akhirnya teori marxisme akhirnya digunakan dalam proses kretikan kesusasteraan. Teori maxsisme yang digunakan pada peringkat permulaan ini merangkumi suatu bidang yang luas. Penggunaan teori marxsisme dalam pendekatan kesusasteraan awal mula dilihat dalam tulisan Marx dan Engels dalam tulisannya yang bertajuk “kembali ke sumber”. Dalam tulisan ini, penulisnya menyatakan terdapat semacam tekanan dalam karya kesusasteraan. Melalui penulisan ini, penulis terkemudian menggambil kecenderungan untuk menulis corak kritikan berdasarkan apa yang telah ditulis oleh Marx dan Engels. Sejak dari itu, teori maxsisme telah dimanfaatkan dalam pelbagai bidang dalm dunia pengkritikan kesusasteraan.

Dari pada itu, teori maxsisme telah berkembang melalui diolog antara teori-teori lain yang bentuknya amat berlainan dengan pendekatan teori ini yang akhirnya telah mempengaruhi bentuknya.

Teori marxsisme yang menyerap masuk dalam sastera mempunyai dasar pemikiran yang umum, iaitu kesusasteraan dapat difahami dengan sempurna hanya dalam lingkungan rangka kajian realitif yang lebih luas. Marxisme berpendapat mengkaji kesusasteraan dengan memisahkannya dengan masyarakat dengan sejarah akan memiliki kekurangan dari segi keupayaan dalam menjelaskan apa sebenanya yang dimaksudkan dengan kesusasteraan.

Dalam pendekatan marxisme ini, kesusasteraan tidak dapat tidak harus seiringan dengan masyarakat dan sejarah. Teori marxisme berpendapat, kesusateraan itu muncul daripada realistik sosial yang berlaku dalam masyarakat. Realistikm sosial yang dimaksudkan itu hanya dapat dilihat dari segi sejarah, iaitu perjuangan antara kelas sosial yamg bersifat antagonis dengan jenis pengeluaran ekonomi mereka. Hal ini kerana, dalam sesebuah masyarakat terdapat sekurang-kurangnya dua kelas sosial yang saling berkonflik antara satu dengan yang lain. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah jika sejarah manusia dipenuhi dengan sejarah pertentangan kelas.

Menurut Marx, segala konflik sosial yang berlaku di duni adalah berpunca daripada faktor ekonomi. Hal ini kerana, faktor ekonomi menyebabkan wujud golongan “borjuis” yang mempunyai kuasa dalam bidang agama, politik, undang-undang, dan sebagainya yang digunakan untuk menekan golongan bawahan. Proses penindasan terhadap golongan bahawan ini yang akhirnya menyebabkan wujud golongan yang memberontak. Melalui pemberontakan ini, wujud pertentangan kelas yang boleh dilihat dalam karya kesusastaraan.

Dalam pendekatan marxisme, pendekatan ini melihat kesusasteraan dalam lima jenis model atau koda yang mempunyai alat yang dapat menghubungkan kesusasteraan dengan realistik sosial. Kelima-lima model yang dimaksudkan ituialah model pencerminan, model penerbitan, model pengetahua negatif, model genetik, dan model berpusatkan bahasa.

Model pencerminan merupakan model yang paling berpengaruh dalam pembentukkan teori maxsisme. Model ini melihat kesusasteraan sebagai cerminan realiti masyarakat yang berada di luar kesusasteraan tersebut. Model ini juga melihat kesusasteraan sebagai lambang masyarakat. Bagi pendukung model ini, mereka berpendapat, kesusasteraan menganbil fenomena sosial yang berlaku dalam masyarakat sebagai persoalan dalam karya-karya yang dihasilkan oleh mereka.

Model peniruan ini telah dimajukan oleh Georg Lukacs. Beliau merupakan seoarang tokoh komunis antarabangsa sejak dari tahun 1920-an sehingga tahun 1971. Beliau tidak melihat kesusasteraan sebagai cermin yang membalikkan imej objek yang terletak di hadapannya. Bagi beliau, kesusasteraan merupakan pengetahuan tentang realiti yang telah sedia wujud dalam masyarakat yang berada di luar kesusasteraan tersebut. Beliau juga menyebut, realiti mempunyai bentuk yang disifatkannya sebagai suatu yang keseluruhan bersifat dialektik di mana semua bahagian berada dalam keadaan bergerak dan bertelingkah. Oleh hal yang demikian, karya yang terbentuk dengan betul akan menghasilkan bentuk karya kesusasteraan yang mencerminkan bentuk dunia realiti.

Bagi lukacs, bentuk menunjukkan isi kandungan yang dimanifestasikan melalui ciri teknik. Menurut beliau, bentuk yang betul mencerminkan realiti secara objektif. Oleh hal yang demikian, kreativiti penulis dikongkong oleh bentuk estetika sastera. Kongkongan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk jalinan naratif, watak dan sebagainya. Bagi beliau, kesusasteraan tidak boleh berpisah dengan masyarakat kerana tidak bersifat “autonomous”. Oleh itu, tugas kita sebagai pembaca adalah untuk melihat kedua-dua sejarah iaitu,sejarah yang ditonjolkan oleh sebuah karya dan sejarah masyarakat yang berkenaan.

Dalam tulisannya juga, beliau mengkritik Zola atau Proust kerana dalam tulisan mereka terdapat unsur yang digelar sebagai keseluruhan yang “tidak berantara”. Bagi beliau, tulisan Zola menggambarkan dunia yang memberikan penekanan yang terlampau berlebihan kepada suatu aspek realiti dengan mengorbankan aspek realiti yang lain.

Melalui apa yang diperkatakan oleh Lukacs, dapat kita simpulkan bagaimana dialektik beliau dan pembacaan sejarahnya menyokong model pencerminan yang dipegagnya. Oleh itu, apa yang dicerminkan di dalam karya yang betul dan tidak dapat dicerminkan di dalam karya yang tidak berantara ialah keseluruhan bentuk realiti yang objektif, yakni sesuatu yang sangat kurang segera dan nyata. Oleh sebab itu, sesebuah karya yang kelihatan seperti suatu kehidupan tidak semestinya bersifat realistik bagi Lukacs, manakala karya yang pada zahirnya menyelewengkan keadaan tidak semestinya tidak realistik. Dalam pada itu, beliau melihat sesuatu yang berlebih-lebihan dalam suasana, perwatakan, dan gaya tulisan bukan sebagai halangan kepada realisme yang lebih maju sebagaimana anggapan Flaubert dan Zola terhadap tulisan Balzac. Bagi beliau, tulisan Balzac telah mencapai ketipikalan (model penting dalam pencerminan) dalam realismanya.

Hippolyte Taine (1828-1893) telah mengembangkan teori ini dengan menghubungkan sastera dengan faktor-faktor bangsa, masa, dan persekitaran. Dalam konteks ini, bangsa dihubungkan dengan keperibadian yang diwarisi, sikap dan sebangainya, manakala masa dihubungkan dengan zaman dan setiap zaman menurut beliau mempunyai dominant ideas dan sekurang-kurangnya wujud satu pola intelektual pada setiap zaman. bagi beliau, persekitaran pula dibatasi dengan keadaan iklim dan geografi. Oleh itu, menurut Taine setiap manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada dikuasai oleh faktor persekitaran.

Gabungan daripada teori yang dikemukakan oleh beberapa tokoh di atas, memberikan kepada kita satu gambaran secara sistematik bagaimana faktor sosioekonami, politik, ideologi, kepercayaan, dan sebagainya mempengaruhi proses penulisan sesebuah karya sastera. Melalui gabungan ini juga, dapat kita simpulkan teori maxsisme mempunyai tiga prinsip utama dalam pembentukannya, iaitu kesusasteraan sebagai refleksi sosial, keadaan kelas sosial yang ditandai dengan pertentangan kelas, dan memaparkan tokoh yang bersifat representatif.

PRINSIP TEORI

Kesusasteraan sebagai refleksi sosial.

dalam penciptaan karya sastera, seseoarang penulis sudah pasti akan terdorong untuk meluahkan ketidakpuasan perasaan dalam bentuk tulisan. penghasilan karya yang sedemikian merupakan refleksi yang dialami oleh seseorang sebagai salah satu cara untuk meluahkan perasaan.

dalam sejarah kehidupan sesebuah masyarakat, seringkali terdapat golongan yang tidak berpuas hati dengan golongan yang lain. oleh hal yang demikian, maka terhasilah sebuah karya sebagai tindak balas soial mereka. penulisan karya tersebut disebabkan rasa tidak puas hati mereka terhadap golongan pemerintah. dengan adanya karya sastera yang sedemikian, maka jadilah kesusasteraan sebagai refleksi sosial masyarakat.

Kelas sosial yang ditandai dengan pertentangan kelas.

Dalam “Manifesto of The Communist Party”, Marx dan Engels menyatakan bahawa sejarah masyarakat hingga hari ini adalah sejarah perjuangan kelas. oleh hal yang demikan, maka tidak hairanlah jika hasil kesusasteraan yang dihasilkan masyarakat sepanjang abad memaparkan sejarah perjuangan kelas. hal ini kerana, dalam sesebuah masyarakat terdapat dua jenis kelas yang berbeza. kelas masyarakat ini dapat dibahagikan dengan dengan dua kategori iaitu, kelas pemerintah yang berada pada kelas yang pertama dan kelas yang diperintah yang berada pada kelas yang kedua. pada kedua-dua kelas ini, terdapat perbezaan pendapat yang sangat ketara.

perbezaan pendapat ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati masyarakat kelas kedua. melalui ketidak puasan ini, masyarakat kelas kedua menghasilkan karya sastera yang mencerminkan ketidak puasan mereka. oleh hal yang demikian, maka tidak hairanlah jika banyak karya-karya sastera sering ditandai dengan latar masyarakat yang bertentangan kelas sosial.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan