Sabtu, 23 April 2011

kaedah berfokus

PENDEKATAN MEMAHAMI TEKS
Kaedah berfokus
Pengenalan
Pendekatan berfokus ini diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat
Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1984.
Pendekatan struktural telah menjadi dasar pengenalan kepada pendekatan ini iaitu
merupakan cabang kepada pendekatan yang mengkaji struktur karya sastera.
Pendekatan berfokus memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya
serta satu lagi struktur sampingan dalam satu masa pengajaran.
Definisi
Pengajaran berfokus ialah berfokus pada aspek isi di samping mengajar aspek bahasa
iaitu bentuk dan unsur serta nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan kebudayaan
terutama unsur-unsur pengajaran. Ia mengandungi dua tumpuan:, fokus utama dan
fokus sampingan.Kaedah ini cenderung membicarakan karya sastera secara terperinci.
Untuk memenuhi keperluan ini, kaedah ini memilih aspek atau unsur tertentu untuk
dijadikan fokus pengajaran dan pembelajaran.
Ciri ± ciri
i. Fokus pengajaran berdasarkan isi utama. Isi sampingan menjadi perkara kedua
penting.
ii. Untuk menjamin keberkesanan kaedah ini, langkah-langkah penyampaian yang
sistematik hendaklah dirancang oleh guru terlebih dahulu.
iii. Kaedah ini mengandungi satu fokus utama dan satu atau lebih fokus sampingan.
Biasanya fokus utama itulah yang menjadi objektif khas (eksplisit) sesuatu pengajaran.
iv. Kaedah ini menggunakan perkara-perkara yang paling menonjol dalam sesebuah
karya untuk dijadikan fokus utama.
v. Alat bantu mengajar seperti pita rakaman, gambar-gambar, carta, bahan-bahan
bertulis adalah penting.
vi. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif perlu diberi keutamaan. Ini dapat
dilaksanakan dengan baik melalui teknik perbengkelan.
vii. Guru dan pelajar perlu membaca terlebih dahulu karya kesusasteraan yang hendak
disampaikan. Ini penting kerana mereka perlu mendapat kesan penghayatan secara
keseluruhan.
viii. Soalan-soalan rangsangan perlu disediakan dan dirancang dengan baik untuk
menarik minat pelajar.
Kelebihan
i.
Menjimatkan masa guru dan pelajar kerana mereka tidak perlu membincangkan
semua aspek dalam semua karya.
ii.
Kaedah ini akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru tidak membincangkan
sesuatu aspek bagi sesebuah karya itu secara khusus dan semata ± mata untuk
memahami sesebuah karya.
Penggunaan Kaedah Berfokus
Kaedah ini boleh digunakan oleh seseorang guru dalam menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, dalam memahami
gaya bahasa sebuah sajak, aspek yang menjadi fokus ialah gaya bahasa. Guru perlu
membincangkan teknik mengesan gaya bahasa yang terdapat dalam sebuah sajak,
kemudian cuba mengaplikasikan teknik mengesan gaya bahasa tersebut terhadap
sebuah sajak tertentu. Seterusnya, guru melatih pelajar agar mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran mengesan gaya bahasa dalam beberapa sajak yang lain.
Oleh yang demikian, pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan
sendiri tanpa bantuan guru lagi.
Kesimpulan
Pendekatan berfokus ini sesuai digunakan oleh guru sekiranya seseorang guru itu ingin
memfokuskan pengajaran mereka pada isi tertentu tanpa mengabaikan isi - isi yang
lain. Pendekatan ini juga menjimatkan masa guru dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan