Isnin, 21 November 2011

ampunkan daku tuhan.....

Ampunkan daku Tuhan

walau hebat di mata manusia,

ke sejadah-MU jua aku bersujud.

walau seindah dan semahal manapun pakaianku,

tetap secarik kain dan secebis kapas bakal membalutiku.

walau punyai rumah sebasar dan seindah mahligai,

liang lahat yang gelita jua tempatku bersemadi.

walau berjuta kawan yang daku miliki,

tetap kesorangan aku di alam sana.

ya ALLAH,

terimalah segala amalku,

untuk menjadi peneman buatku.

hanya pada-mu ya ALLAH,

segala pujian hanya milik-MU,

ampunilah daku

dan rahmatilah aku.

(eriawani mastari)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan