Khamis, 20 Mei 2010

assalammualaikum..
hari ni, jabatan pelajaran negeri sarawak mengadakan jamuan sambutan hari guru. majlis sederhana je. tiada muris sekolah yang hadir. al maklum la. ofis. mana ada murid. semua guru yang dijemput adalah staf yang bertugas di JPS. kasihan. guru2 lain bergembira menyambut hari guru bersama anak2 murid. tiada perkara lauin yang lebih berharga selain melihat kejayaan anak murid. bagi guru2 yang terpaksa bekerja di pejabat tahniah. walaupun perjuangan anda tidak kelihatan namum pengorbanan yang kalian lakukan adalah amat besar. mana tak nya. mereka guru2 yang bekerja di pejabat lebih banyak tanggujawab. walaupun tidak secara lansung namun tugasan yang mereka lakukan membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah. tanpa kita sedari guru2 di pejabat sentiasa dirundung kesedihan di kala guru lain bergembira bersama murid2 mereka. itulah pengorbanan yang terpaksa mereka penuhi. hanya kenangan semasa mengajar di sekolah yang menjadi penawar di kala kedukaan. tahniah kepada semua guru kerana bekerja keras. anda semua adalah tangan yang melakar kejayaan bagi pelajar. terima kasih cikgu!!!

bzy

rasanya hari ni lain daripada yang lain. banyak kerja. hari ni baru aku rasa hidup dalam praktikal yang berguna. aku rasa masaku tidak sia-sia hari ini. best walaupun banyak kerja. macam ni baru hidup namanya. seronok. esok sambutan hari guru kebangsaan peringkat negeri sarawak. semua orang bzy kecuali aku. sebab aku praktikal. so aku kena wat keja lain. macam best je. kalau la hari-hari macam ni. alangkah gembiranya aku. hidup dan masaku dipenuhi dengan tugasan. teringat aku masa di kl. pagi isnin hingga rabu g kuliah. bangun kol 6 solat, tido n bangun semula kol 0730 mandi n bersiap g kuliah. kuliah start kol 0900 sampai petang. usai kuliah g main lib cari bahan wat xcment. hari khamis sampai ahad kerja sambilan di mc donald. dari kol 12-10mlm. seronok. x pernah bosan. masaku terisi dengan padat. kalau ada latihan g latihan. lagi best. dapat kuarkan peluh. penat sikit tapi best.

Selasa, 18 Mei 2010

entah

hari ini kurasa sepi sekali. Tiada riuh kicauan burung. bosan. Rasa itu menyaluti tubuhku. Hari ini genaplah lapan hari aku menjalani latihan praktikal. Aku rasa seperti orang bodoh. Bak kata emah aku, hidup macam rebak(sampah). air pasang ke hulu, air surut ke hilir. Buat kerja tak mendatangkan apa-apa faedah. Rasa berdosa dengan rakan seperjuangan intake 30(PALAPES UM). mana taknya. aku disini duduk membesarkan bontot. rakan-rakan di sana berhempas pulas memerah keringat menjalani latihan. timbul rasa cemburu. mesti lepas latihan nanti stamina mereka tinggi. aku kat sini makin lemah. asik duduk je. jalan jarang-jarang je. peluh langsung tak keluar. hampeh. hidup buang masa jak. tak tahu nak buat apa.
kepada kawan-kawan yang ada di luar sana, sesiapa yang ada idea nak buat apa dikala kebasanan melanda jiwa silalah bagitau kat saya ae.